Answered

Berikut adalah jadual penawaran Syarikat Biskut Asli pada pelbagai tingkat harga.
\begin{tabular}{|c|c|}
\hline Harga (RM/tin) & Kuantiti (tin) \\
\hline 15 & 150 \\
20 & 300 \\
25 & 450 \\
30 & 600 \\
\hline
\end{tabular}

(a) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk penawaran Syarikat Biskut Asli.

(b) Nyatakan bentuk keluk penawaran yang dilukis.

(c) Apakah yang akan berlaku kepada kuantiti ditawarkan apabila harga menurun daripada RM25 kepada RM20?

(d) Nyatakan perubahan kuantiti ditawarkan apabila harga meningkat daripada RM15 kepada RM30.

(e) Apakah yang akan berlaku pada harga RM10? Mengapakah pengeluar membuat keputusan demikian?